Hasil Carian Hadis Terjemahan Melayu
HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA solat jemaah BERJAYA MENCAPAI 320 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AT-TERMIZI

111  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0625.
Dari Ubay bin Ka'ab r.a., katanya: "Ada seorang lelaki Ansar tinggal paling jauh dari masjid Madinah. Walaupun begitu dia tidak pernah terlambat solat berjemaah bersama-sama dengan Nabi saw. Kerana itu kami merasa kasihan kepadanya. Lalu ku anjurkan kepadanya, "Hai, Fulan! Alangkah baiknya kamu beli seekor keldai untuk melindungi mu dari terik panas dan dari ular-ular tanah yang berbisa." Jawabnya, "Ketahuilah! Aku tidak senang rumahku diikatkan ke rumah Nabi Muhammad saw." Kata Ka'ab, "Aku merasa keberatan dengan ucapannya itu. Kerana itu aku datang kepada Nabi saw., lalu ku sampaikan kepada beliau keberatanku terhadap ucapan orang itu." Sahut Nabi saw., "Panggillah dia!" Setelah berhadapan dengan beliau, orang itu bahkan mengulang ucapannya dan menambahkan harapannya akan beroleh pahala bagi setiap langkah yang dilangkahkannya pulang pergi ke masjid. Maka bersabda Nabi saw. kepadanya, "Anda pasti memperoleh apa yang anda harapkan."

112  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1812.
Dari 'Abdur Rahman bin 'Abdu Rabbil Ka'bah r.a., katanya: " Aku masuk ke dalam masjid maka terlihat oleh ku 'Abdullah bin Amru bin 'Ash duduk dibawah naungan Kaabah dikelilingi orang ramai. Lalu ku datangi mereka dan duduk ke dekat 'Abdullah. Katanya, "Kami pernah mengadakan suatu perjalanan bersama-sama Rasulullah saw., lalu pada suatu tempat perhentian kami berhenti. Sebahagian kami ada yang memperbaiki tempat tidur, sebahagian lagi berlatih memanah, sebahagian lagi memberi makan haiwan dan sebagainya. Tiba-tiba kedengaran Maudzdzin Rasulullah saw. memanggil kami solat berjemaah, lalu kami berkumpul ke dekat beliau. Beliau bersabda, "Para Nabi sebelum aku bertugas menuntun umatnya kepada kebaikan yang diajarkan Allah kepada mereka dan mengingatkan bahaya yang mengancam mereka. Umat ku yang sempurna dan selamat ialah angkatan pertama-tama. Angkatan sesudah itu akan ditimpa berbagai cubaan berupa hal-hal yang tidak disenanginya, seperti timbulnya fitnah. Di mana-mana sebahagian mereka menghina bahagian yang lain, maka kerana itu timbullah bencana. Orang-orang mukmin berkata, "Inilah kiranya yang membinasakan ku. Setelah hilang suatu bencana timbul pula bencana yang lain. Dan orang mukmin berkata, "Ini....!Ini!" Siapa yang ingin bebas dari neraka mahu masuk ke syurga, hendaklah dia menemui kematiannya dalam beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah dia berjasa kepada umat manusia sesuai dengan yang diinginkan oleh masyarakat itu. Siapa yang baiat dengan seorang Imam, (pembesar atau penguasa) lalu dia memenuhi janji setianya dengan sepenuh hati, hendaklah dia mematuhi Imam itu sehabis daya. Jika yang lain datang memberontak, penggallah lehernya. Kata ' Abdur Rahman, "Aku lebih mendekat kepada 'Amru, lalu kata ku, aku bertanya kepada Anda dengan nama Allah, apakah Anda mendengar sendiri hadis ini dari Rasulullah saw. Dia menunjuk dengan tangannya ke telinga dan hatinya seraya berkata, " Aku dengar dengan kedua telinga ku, dan ku simpan dalam hatiku." Lalu ku katakan kepadanya, "Ini anak-anak pakcik mu, Mu'awiyah. Dia menyuruh kita memakan harta sesama kita dengan cara yang haram serta membunuh sesama kita. Padahal Allah Ta'ala telah berfirman, "Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu memakan harta sesamamu dengan cara yang haram, kecuali berjual-beli dengan cara suka sama suka sesamamu, dan janganlah kamu membunuh saudara mu (sesama muslim); sesungguhnya Allah Maha sayang kepada mu." Amru diam sebentar kemudian dia berkata, "Patuhilah perintahnya bila sesuai dengan perintah Allah dan langgarlah perintahnya bila melanggar perintah Allah!"

113  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1858.
Dari Ibnu Abbas r.a. dari Nabi saw. beliau bersabda: "Siapa yang melihat suatu tindakan pembesarnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana siapa yang memisahkan diri dari jemaah (masyarakat Islam) barang sejengkal, nescaya dia mati secara kematian jahiliyah.

114  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0604.
Dari Abu Dzar r.a., katanya Rasulullah saw. bertanya: "Apa yang anda lakukan, jika semua pembesar atau pejabat negeri telah sama-sama mengundurkan solat dari waktunya? Jawab ku, "Apa perintah anda kepadaku?" Jawab Rasulullah saw., "Solatlah kamu sendirian pada waktunya! Jika kemudian engkau dapat pula berjemaah bersama-sama mereka, solat pulalah, dan solatmu itu adalah sunat (keuntungan) bagimu."

115  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0477.
Dari Al Barra' bin 'Azib r.a., katanya: "Aku solat bersama-sama Nabi saw. menghadap ke arah Baitul Maqdis selama enam belas bulan. Iaitu sehingga turun sebuah ayat dalam surat Al Baqarah: " dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya" (Al Baqarah : 144) Sesudah ayat itu turun, iaitu ketika Nabi saw. selesai solat, ada searang lelaki anggota jemaah berpergian melalui sekelompok orang Ansar sedang solat. Lalu dikhabarkannya kepada mereka mengenai turunnya ayat tersebut. Kerana itu, serta merta mereka memalingkan muka mereka ke arah Bait (Kaabah)."

116  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0403.
Dari Ibnu 'Abbas r.a., katanya: "Rasulullah saw. tidak pernah membacakan Quran kepada Jin, dan beliau tidak pernah pula melihatnya. Pada suatu ketika Rasulullah saw. pergi dengan beberapa orang sahabat ke pasar 'Ukazh. Ketika itu syaitan-syaitan, tidak dapat lagi mendengar berita dari langit, kerana mereka dilontari dengan nyala api (meteor) sehingga mereka terpaksa kembali kepada kaumnya. Kaumnya bertanya, "Mengapa kalian kembali, apa yang terjadi?" Jawab mereka, "Berita dari langit tertutup untuk kita. Kami dilontari dengan nyala-nyala api." Kata kaumnya, "Tentu ada peristiwa yang menyebabkannya. Kerana itu pergilah ke Timur dan ke Barat, carilah sebab-sebab kenapa berita langit tertutup untuk kita ketahui." Lalu mereka bertaburan ke seluruh pelusuk bumi, ke Timur dan ke Barat, mencari sebab-sebab tertutupnya berita langit itu. Ketika rombongan yang menuju ke Tihamah sampai di Nakhlah, hendak terus ke Pasar 'Ukazh, tiba-tiba mereka melihat Rasulullah saw. sedang solat Subuh berjemaah dengan para sahabat beliau. Tatkala mereka mendengar ayat-ayat Qur'an dibaca Nabi saw. dalam solat, mereka dengarkan baik-baik, sehingga mereka berkesimpulan, inilah kiranya yang telah menutup kita untuk mengetahui berita-berita dari langit. Kerana itu mereka pulang kepada kaumnya. Lalu mereka melapar, "Hai, kaum kami! Kami telah mendengar ayat-ayat Qur'an yang sangat mengagumkan, yang membimbing kami ke jalan yang lurus. Kerana itu kami iman dengannya, dan kami tidak akan mempersekutukan Tuhan kami dengan yang lain-lain." lalu diturunkan Allah' Azza wa Jalla kepada Nabi-Nya, Muhammad saw. ayat: "Qul uhiya ilayya annahustama'a nafarun minal jinni" (Al Jinn : 1) (Katakanlah hai Muhammad! Telah diwahyukan kepada ku, bahwa sekelompok jin telah mendengar ayat-ayat Qur'an )

117  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0429.
Dari Al Barra' r.a., katanya: "Mereka (para sahabat) solat berjemaah bersama Rasulullah saw. "Bila beliau rukuk, mereka rukuk pula. Bila beliau mengangkat kepala dari rukuk, beliau membaca "Sami'allahu liman hamidah " namun mereka masih tetap berdiri sehingga dilihatnya Rasulullah saw. meletakkan mukanya di bumi. Sesudah itu barulah mereka mengikuti beliau sujud."

118  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1662.
Dari 'Abdullah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: "Tidak halal darah seorang muslim yang mengakui bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mengakui saya Rasulullah, melainkan dengan tiga perkara: (1) Seorang janda yang berzina, (2) Seorang pembunuh yang harus dibunuh, (3) Seorang yang keluar dari agamanya (Islam), lalu dia memisah dari jemaah muslimin."

119  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0068.
Dari Asma r.a. katanya: "Aku datang kepada Aisyah, kebetulan dia sedang solat. Aku bertanya, "Apakah kerja orang sekarang?" Aisyah memberi isyarat ke langit, maka ketika itu (kelihatan) jemaah sedang berdiri (solat). Kata Aisyah, 'Subhanallah!' Aku bertanya, 'Ayat?'Aisyah menganggukkan kepala, tanda setuju. Aku berdiri dan merasa pening lalu ku siram kepala ku dengan air. Nabi berkhutbah, beliau memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu beliau bersabda, "Apa yang belum pernah ku lihat telah ku lihat di tempat ku ini, bahkan syurga dan neraka. Diwahyukan Allah kepada ku, bahawa kamu akan diuji dalam kubur mu, serupa atau hampir serupa - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkan misla atau qarib - ujian Al Masih Dajjal. Ditanyakan orang dalam kubur, "Kenalkah engkau orang ini?" Maka orang mukmin aku tidak ingat ucapan Asma apakah mukmin atau muqin - menjawab, "Dia Muhammad Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa pengajaran dan petunjuk. Kami menerima dan mengikuti ajarannya." Jawapan itu diucapkannya sampai tiga kali. Maka katanya, "Tidurlah dengan baik. Sesungguhnya kami tahu bahawa engkau percaya dan yakin dengan dia." Adapun orang munafik atau orang yang ragu-ragu, - aku tidak ingat benar apakah Asma mengucapkannya Munafik atau Murtab - menjawab, "Saya tidak tahu, saya dengar orang menyebutnya maka saya mengatakannya pula."

120  
Hadis Sahih Muslim Jilid 2. Hadis Nombor 0857.
Dari 'Aisyah r.a., katanya: "Pada masa Rasulullah saw. masih hidup, pernah terjadi gerhana matahari. Maka Rasulullah saw. menyuruh orang untuk memanggil orang ramai solat berjemaah. Setelah mereka berkumpul, Rasulullah saw. datang, lalu beliau takbir dan solat empat kali rukuk dan empat kali sujud dalam dua rakaat."